Dari beberapa buku kuasa minda separa sedar yang saya baca, untuk kita mencapai sesuatu, kita kena membayangkannya selalu di minda. Kita kena melihatnya sebagai perkara yang dah benar-benar berlaku sekarang ini.
Jika Anda selalu baca blog Irfan Khairi dan membaca bahagian belakang bukunya bertajuk Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar, Anda akan terjumpa saranan yang sama. Irfan Khairi menyarakan kita untuk membayangkan kemahuan kita selalu seolah-oleh ia dah berlaku sekarang.
Untuk benar-benar merasai kesannya, Anda perlu:
1.Membayangkan kemahuan Anda sejelas mungkin.
1. Membayangkannya dengan kerap, rasainya seolah-olah ia dah berlaku di saat ni.
2.Mengekalkan bayangan imaginasi tu sejelas mungkin, selama mungkin.
3.Bercakap-cakap mengenainya dengan diri sendiri.
Sebagai latihan, berlatih membayangkan perkara-perkara asas dulu.
Bayangkan perkara-perkara asas yang Anda mahu – mungkin Anda mahu mendapat tempat duduk ketika menaiki dalam bas yang sesak dipenuhi penumpang yang ramai.
Cara untuk membuat minda separa sedar menarik kemahuan Anda adalah membayangkan Anda mendapat tempat duduk dengan senang sekali selepas Anda menaiki bas selepas Anda nampak sebuah kerusi kosong. Mainkan bayangan minda ni sekerap mungkin, pancarkannya di minda selama mungkin.
Contoh lain, mungkin Anda mahu sampai awal di tempat kerja.
Cara untuk membayangkannya, bayangkan suasana situasi sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Bayangkan yang mana suasana jalan raya jadi tiba-tiba jadi ‘smooth’ tanpa sebarang kesesakan. Bayangkan Anda keluar dari rumah, memandu kereta kemudian setiap kali sampai di lampu isyarat, lampu merah cepat bertukar menjadi lampu hijau. Rasai emosi Anda ketika itu, hadirkannya seolah-olah ia dah berlaku.
Bayangkan perkara tu banyak kali.
Bayangkan dengan relaks, dengan selamba. Minda kita lebih efektif bekerja di kala kita berada dalam emosi ketenangan. Minda kita akan menjadi kurang efektif jika kita membayangkan sesuatu dalam emosi desakan.
Semakin relaks Anda, semakin efektif minda separa sedar bekerja mengatur situasi, orang perseorangan serta perkara-perkara untuk ditemukan dengan Anda. Anda akan berjumpa situasi-situasi kebetulan serupa dengan apa yang Anda selalu bayangkan.
Semua ni berlaku di luar pengetahuan kita.
Kerja kita cuma membayangkan selalu apa yang kita mahu. Selebihnya akan mengikut sendiri selepas tu. Berlatih dulu menari perkara-perkara asas sebelum menarik perkara-perkara yang lebih besar.
Pada peringkat pertama Anda melatih minda Anda membayangkan perkara-perkara di atas, ia akan jadi sedikit sukar. Anda akan merasa kekok. Itu petanda, minda Anda belum seberapa biasa. Teruskan mengimajikasikan kemahuan-kemahuan Anda. Lama-kelamaan bila Anda sudah biasa berlatih, Anda akan perasan Anda cepat menarik apa yang Anda fikirkan tanpa Anda sedari.
Afirmasi
Cara terbaik untuk menggesa diri ke arah perubahan adalah dengan menggambarkan hasil perubahan yang kita mahukan. Mungkin Anda nak mengubah aspek perhubungan, kesihatan, kerjaya, sikap atau kewangan. Cara terbaik untuk menggambarkannya adalah dengan menulis dalam bentuk teks. Perkataan yang kita tulis cepat mempengaruhi gambaran minda kita.
Tuliskan aspek hidup yang Anda nak ubah kemudian tuliskan hasil akhir perubahan itu. Kita ubah diri kita supaya kita dapat membina peribadi cemerlang dan dari situ kita dapat mencapai bermacam-macam tahap kecemerlangan. Sebab, sikap kita akan menentukan tahap pencapaian kita.
Misalnya, saya amik contoh Anda nak mengubah diri menjadi seorang yang amat rajin, iaitu perubahan sikap. Langkahnya, gambarkan diri Anda menjadi seorang yang rajin, sentiasa melakukan kerja dan Anda merasa selesa dengan kerajinan itu (bukan dipaksa-paksa). Tuliskan ciri-ciri kerajinan yang Anda nak ada pada diri Anda misalnya rajin datang awal di waktu pagi, rajin menolong kawan, rajin membaca, rajin bertanya, rajin mengkaji, rajin berusaha.
Untuk mengekalkan perubahan yang Anda mahu, gunakan afirmasi ringkas. Sebagai contoh, tuliskan begini: “aku dalam proses membentuk diriku menjadi orang rajin”. Afirmasi bila digabung dengan usaha dan gambaran minda, kesannya boleh menjadi kekal. Syaratnya, selalulah gunakan ayat “aku dalam proses membentuk diriku menjadi….”
Anda dapat tahu Anda ada gesaan untuk berubah apabila Anda merasa ia ada harapan untuk dilakukan, tak ada keraguan dan langsung tak ada rasa sangsi di hati Anda. Perasaan ni mendorong Anda untuk berubah tanpa dipaksa oleh sesiapa.
Perubahan akan mula tercetus apabila Anda merasa Anda sudah tidak mahu berada dalam tahap sekarang ini. Apabila Anda sudah tidak puas hati dengan hidup Anda, tahap pencapaian Anda, kewangan Anda, itu maknya Anda sedang dalam proses menggesa diri untuk berubah.
Sebagai penutup, berikut adalah 5 tips menggesa diri untuk berubah:
1. Gambarkan perubahan yang Anda mahu.
2. Tulis.
3. Baca selalu apa yang kita dah tulis.
4. Gunakan ayat afirmasi “aku dalam proses membentuk diriku menjadi…”
4. Bayangkan selalu perubahan yang kita mahu capai.
5. Ulang-ulangkan selalu ayat afirmasi tu di ingatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment