Saturday, 24 April 2010

Visual(angan2) Senjata Paling Berkuasa Manusia

Percaya dan Keyakinan Tanpa Batasan juga digelar keimanan kepada orang
Islam, namun istilah tersebut selalu dikaitkan dengan perkara-perkara
berkaitan ritual sahaja, seperti rukun iman, sembahyang, puasa dan
sebagainya. Hakikatnya sifat ini perlu wujud di dalam setiap perbuatan kita
setiap hari untuk berjaya.
Namun di dalam membicarakan faktor ini, kita akan kaitkan dengan segenap
lapisan manusia tidak kira Islam ataupun tidak, maka saya akan gunakan
perkataan Kepercayaan dan Keyakinan Tanpa Batasan yang lebih universal.
Para Rasul dan Nabi yang mempunyai tahap keyakinan yang tidak terbatas
iaitu keimanan kepada Allah, Allah telah memberikan mereka kuasa mukjizat
di mana banyak perkara-perkara yang diluar hukum alam seperti peristiwa
Israj Mikraj oleh Nabi Muhammad, terbelahnya laut merah oleh hentakan
tongkat Nabi Musa dan sebagainya. Rasul dan Nabi adalah insan terpilih,
manusia biasa yang tidak dianugerahkan keyakinan yang luarbiasa sebegini
atas nama Allah SWT mustahil melakukan perkara-perkara sedemikian.
Secara universalnya ramai orang bukan Islam menggunakan konsep
Kepercayaan dan Keyakinan Tanpa Batasan dan hasilnya mereka berjaya di
dalam pelbagai perkara yang mereka ceburi.
Sebagai contoh Thomas Edison percaya dan yakin tanpa batasan bahawa
tenaga elektrik boleh menghasilkan cahaya lampu mentol. Namun percaya atau
yakin sahaja tidak cukup, beliau mempraktikkan kepercayaan dan keyakinan
beliau pada usaha eksperimen beliau sebanyak lebih 10,000 kali dan akhirnya
berjaya. Jika anda berada di zaman beliau, anda akan anggap itu perkara gila.
Tetapi Thomas Edison mempercayai dan yakin perkara tersebut boleh berlaku
dan akhirnya anda dan saya dapat merasai manafaatnya.
Bagaimanakah kuasa kepercayaan dan keyakinan tersebut dikatakan senjata
paling merbahaya jika di salahgunakan?
Mari kita lihat satu contoh , seseorang yang mempercayai dengan penuh
keyakinan bahawa tangkal, jampi atau makhluk halus yang diamalkan boleh
memberi kekebalan kepada beliau. Atas dasar kepercayaan tersebut beliau
akan yakin dan menjadi lebih berani dan mungkin ‘kebal’ kerana mindanya
melampaui realiti sebenarnya. Tetapi malang sekali kerana beliau
bersandarkan kepercayaan tersebut kepada tangkal dan jampi maka hukum ke
atas beliau adalah beliau menjadi syirik dan syirik merupakan dosa yang
paling besar dan tidak diterima taubatnya.
Beberapa Fenomena Minda Luarbiasa
Pihak saintis barat telah lama mengkaji akan kekuatan minda dan kaitannya
dengan kuasa yang dimiliki apabila wujud kepercayaan dan keyakinan.
Kebolehan-kebolehan ini boleh dilakukan oleh semua orang tidak kira agama
kerana minda mereka mempunyai kepercayaan dan keyakinan untuk
melakukannya.
Pada November 2004, siaran Discovery, ada menyiarkan sebuah dokumentari
bertajuk “Electric Man”. Rancangan tersebut mendokumenkan seorang pelukis
biasa bernama Janusz Kowzalaski boleh memadam lampu jalanan dengan
hanya kekuatan fikiran. Keistimewaan beliau sedang dikaji dengan serius oleh
pakar-pakar saintis barat kini.
Kejadian manusia mempunyai kuasa elektrik telah lama di dokumenkan sejak
awal 1846, di dalam jurnal sains Perancis, Jurnal des Débats (February 1846).
Jurnal tersebut mendokumenkan fenomena 10 hari yang dialami oleh seorang
kanak-kanak perempuan Perancis berusia 14 tahun bernama Angelique Citton
yang mampu mengeluarkan kuasa elektrik dan menggerakkan objek-objek
persekitarannya.
Seorang lelaki cina di Perak mempunyai kuasa magnet ditubuhnya, di mana
peralatan-peralatan logam seperti sudu, sterika, paku dan sebagainya melekat
ke tubuh badan beliau.
Ustaz Arief di Ampang, Selangor mempunyai keistimewaan yang dipelajari
dimana beliau boleh menyalakan mentol lampu hanya dengan memegang
mentol tersebut dan pernah dipertontonkan di rancangan televisyen ‘Asia
Hebat’ . Menurut ustaz tersebut tiada unsur-unsur yang menyalahi agama,
kerana sememangnya tenaga istimewa ini wujud di dalam setiap manusia
cuma anda perlu pelajari tekniknya. Tenaga istimewa ini sentiasa wujud di
alam maya untuk digunapakai oleh manusia. Kebolehan beliau membuktikan
kepada manusia lain agar terus kaji dan mengkaji keistimewaan minda ini.
Dan jangan pelik kerana kuasa elektrik semulajadi sememangnya sudah lama
terdapat pada belut elektrik yang tinggal di dalam sungai Amazon. Belut ini
dapat menghasilkan arus elektrik sebesar 500 volt per sekitar 2 amper. Kirakira
kekuatannya melebihi yang digunakan oleh sebuah TV kecil.
Namun semua kebolehan luarbiasa tersebut adalah kerana Allah telahpun
menyediakan kuasa tersebut menerusi alam yang boleh digunakan jika minda
kita percaya dan yakin akan boleh dilakukan. Jika kita tidak memahami dan
mengkaji dan jahil kita akan menganggap kuasa tersebut adalah daripada
makhluk halus, walhal kuasa tersebut adalah tenaga yang disediakan oleh
Allah SWT dan sentiasa wujud tersembunyi di dalam alam maya untuk dikaji...


Minda Mempunyai Kekuatan Seperti Gergasi Tetapi
Yang Selalu Digunakan Hanya Seperti Semut Kecil
Knowledge is limited. Imagination encircles the world."
Albert Einstein
Anda tentu pernah mendengar bahawa manusia hanya menggunakan
hanya 10% daripada keupayaan minda mereka. Ini adalah tepat sekali.
Malahan manusia yang malas berfikir lebih rendah lagi...mungkin 5% sahaja!
Jika anda memikirkan aktiviti berfikir setakat aktiviti mengira matematik,
membuat keputusan, pergi membuat pekerjaan , bawa kereta dan sebagainya
anda mungkin tergolong mereka yang hanya menggunakan 8% sahaja.
Jika anda anggap kemahiran mengira pantas adalah proses berfikir yang
tinggi, nescaya anda mungkin akan menjadi robot yang mempunyai sebuah
kalkulator yang berharga RM5 di dalam otaknya.
Gergasi Yang Sedang Tidur Nyenyak
Anda telah pun membaca daripada mukasurat sebelumnya bagaimana
hebatnya maklumat yang terkandung di dalam minda anda sekarang dengan
anggaran kira-kira 219,000 keping CD dan potensi seterusnya dengan
berbillion-billion CD kosong sedang sedia untuk digunapakai.
Semua maklumat yang terlalu banyak ini bagaikan gergasi besar yang
sedang tidur di dalam minda separa sedar anda. Ya, tidur yang amat nyenyak.Bagaimana hendak membangunkan si gergasi ini ?
Jika anda dapat bangunkan si gergasi ini dan menyuruhnya bekerja untuk
mencapai sebarang matlamat anda, nescaya tugas anda menjadi sangat
mudah. Jika tujuan anda hendak jadi kaya raya melalui apa sahaja
perniagaan, inilah rahsia falsafahnya.
Biarkan saya berikan jawapan secara ringkas di dalam perenggan di bawah
dan kemudian anda boleh membaca mukasurat selanjutnya akan penjelasan
perenggan ringkas ini.
Kunci pertama anda berniat dan tanamkan sifat percaya dan yakin tanpa
batasan di dalam minda anda. Visualkan realiti kejayaan anda di dalam kotak
minda anda akan kejayaan yang telah berlaku pada masa hadapan. Siramkan
ia dengan emosi kejayaan dan suburkan ia dengan perasaan bersyukur. Jika
anda lakukan ini, tubuh badan anda akan mengalami satu semangat
luarbiasa. Kemudian lakukan apa yang patut anda lakukan dengan minda dan
semangat begini, nescaya perlakuan anda tersebut akan menjadi sebab-sebab
yang ditakdirkan untuk mencapai realiti yang anda inginkan.
Kebangkitan Gergasi Anda
Kunci pertama untuk bermula menjadi kaya pada suatu masa hadapan
mudah sahaja. Anda mesti percaya dan yakin tanpa batasan anda boleh
melakukannya. Jangan buat apa-apa dahulu. Tangguhkan dahulu samada
anda perlu masuk MLM, skim cepat kaya, Pak Man Telo dan sebagainya.
Percaya, Yakin, Percaya , Yakin, Percaya , Yakin....
Gergasi di dalam minda akan bangun jika kepercayaan tersebut ditanam,
disemai dan disuburkan di dalam minda anda dan kebangkitannya akan dapat
dikesan melalui tubuh badan anda yang kemudiannya dikenali dengan
semangat. Gergasi ini ialah semua imaginasi, perasaan, maklumat, kenangan ,
fakta, fantasi, visualisasi, pengetahuan, emosi dan apa pun bentuk entiti di
dalam minda separa sedar anda. Apabila semua entiti ini bangun dan bersatu,
keajaiban akan berlaku.
Anda akan mendapat ilham sentiasa, kegagalan tidak wujud, idea
mencurah daripada segala penjuru, pancaindera anda melihat semua petunjuk
ke arah kejayaan dan semangat zahir dan batin yang luarbiasa. Anda boleh
baca seberapa banyak buku motivasi atau pergi seberapa banyak kursus
untuk mengetahui teknik peningkatan diri. Kunci akhirnya ialah ...
Anda mesti percaya dan yakin
tanpa batasan anda boleh melakukannya.
Anda pasti berkata , “OK, saya yakin sekarang... apa yang perlu saya buat?”
Anda pasti ? Mari cuba sedikit ujian ‘kecil’ :
Uji Tahap Kepercayaan Dan Keyakinan Anda
Mudah sahaja anda membuka mulut mengatakan bahawa anda mempunyai
kepercayaan dan keyakinan tanpa batasan yang tulin. Adakah kalbu dan
minda separa sedar juga sedemikian ? Di dalam konteks buku ini, mari kita
uji tahap kepercayaan dan keyakinan anda untuk menjayakan projek anda.
Sila jawab dengan soal semak di bawah..
1. Apa kata jika rakan anda sendiri mencemuh idea perniagaan anda ?
2. Apa kata ibubapa anda sendiri yang tidak bersetuju dengan idea anda ?
3. Apa kata anda dikehendaki melabur sedikit untuk memulakan perniagaan ?
4. Adakah anda menunggu satu masa yang sesuai entah bila ?
5. Apa kata seluruh dunia mengatakan idea anda gila sanggup anda lakukannya?Marconi hampir diseret oleh rakannya sendiri ke hospital sakit jiwa kerana
cuba membuktikan bahawa suara boleh bergerak tanpa wayar. Kepercayaan
dan keyakinan telah membenarkan keajaiban berlaku di mana teori beliau
menjadi benar akhirnya. Anda bagaimana ? Tergugatkah semangat anda
apabila diperkecilkan oleh suara rakan anda yang berjiwa kecil itu ?Mencipta Realiti Kekayaan di Minda Anda
Sains membuktikan bahawa mataerial tidak wujud dan realiti adalah illusi minda
Setelah membaca buku “The Shaky Game: Einstein, Reality, and the
Quantum Theory” oleh Arthur Fine (Chicago: University of Chicago Press, 1986)
saya menemui beberapa fakta sains yang agak mengkagumkan tetapi jarang
sekali diketahui oleh masyarakat kita.
Bermula awal kurun ke-20, lahirlah bidang fizik kuantum, yang khusus
mengkaji akan sifat-sifat atom. Pada tahun 1911, Lord Rutherford daripada
University Cambridge telah membuktikan kewujudan sub-atom yang dikenali
sebagai elektron. Namun penemuan elektron yang wujud di dalam atom
merumuskan fakta yang menakjubkan, dan sekaligus menafikan kewujudan
dunia material yang anda anggap benar-benar material ini.
Akhirnya tubuh anda dan semua benda yang
wujud di alam maya ini hanyalah elektron.
Elektronlah yang memberi bentuk bulat atom
apabila ‘butiran’ ini mengelilingi neutron selaju
cahaya. Pelik bukan ? Lihat tubuh anda, ia
hanyalah himpunan bertrilion-trillion atom yang
membentuk daging dan darah anda. Bentuk bulat
atom itu sebenarnya adalah dinding yang dibentuk
oleh putaran elektron disekelilingnya. Kandungan
elektron dan nukleas hanya 0.0001% daripada
kandungan atom dan 99.9999% atom adalah ruang kosong!!! Tubuh yang anda lihat sekarang adalah
99.99999% ruang kosong !
Pembuktian sifat atom adalah 99.9999% ruang
kosong adalah satu fakta sains yang pelik, tetapi yang lebih pelik ialah sifat
elektron yang mempunyai dua sifat iaitu samda ianya benda ataupun
gelombang mengikut pemerhatian fikiran orang yang menjalankan ujikaji
tersebut. Tetapi elektron itu sendiri amatlah kecil dan bukannya ‘benda’. Ia
adalah hanya gelombang tenaga yang boleh bertukar menjadi sifat ‘benda’ jika
seseorang saintis fikirkan ia begitu.
Albert Einstein, saintis tersohor abad ke-20 dengan formula E=MC², sendiri
gagal menjawab soalan ini dan ‘bertelagah’ dengan para saintis lain tentang
sifat dua hala elektron ini. Antara yang terlibat ialah Niels Bohr dan Werner
Heisenberg. Bohr sendiri adalah ‘bapa’ kepada sains fizik kuantum dan
menyerah kepada satu interpratasi yang dikenali sebagai “Copenhagen
Interpretation” di mana dwi-sifat elektron ini diterima pakai kerana pada
peringkat terhalus ‘benda’ ianya menyamai lintasan fikiran manusia itu
sendiri. Oleh itu adalah selamat jika dikatakan bahawa elektron boleh
dikonsepkan mengikut apa sahaja yang difikirkan oleh saintis yang
mengkajinya itu. Albert Einstein hingga akhir hayatnya tidak dapat mencari
jawapan kepada persoalan ini.Einstein mahukan satu jawapan yang mutlak iaitu mahukan elektron dikenali
sebagai sesuatu ‘benda’ bukannya boleh diubah-ubah mengikut persepsi
saintis atau orang yang mengkajinya. Werner Heisenberg seorang lagi saintis
genius yang turut terlibat di dalam interpratasi elektron “Copenhagen
Interpretation”, merumuskan bahawa kewujudan partikel subatomik elektron
tersebut hanya terjadi apabila seseorang saintis membuat pemerhatian ke
atasnya. Jika tiada seorang yang membuat pemerhatian tersebut elektron
tersebut langsung tidak wujud!
What we observe is not nature itself, but nature exposed to
our method of questioning. - Werner Heisenberg
Apa yang Heisenberg maksudkan ialah , apa yang kita perhatikan
bukannya alam itu sendiri, tetapi alam mendedahkan dirinya kepada kaedah
persoalan kita.Realiti
Biar saya beritahu anda mengapa anda berada di sini...
Anda berada di sini kerana anda tahu sesuatu, Apa yang anda tahu anda
sukar hendak dijelaskan tetapi anda dapat rasakannya.
Anda dapat rasakan di dalam seluruh hayat anda selama ini. Terdapat
sesuatu yang tidak kena dengan dunia anda ini. Anda tidak tahu apakah
ianya , tapinya ada di situ , ada di sini , sentiasa bermain di fikiran anda
yang kadangkala membuat anda kegelisahan kerana ingin mencapainya.
Perasaan inilah yang membawa anda membaca buku ini. Anda tahu apa
yang saya katakan ini ?
Ianya Realiti itu sendiri.
Anda tahu apakah ia ? Realiti ada di mana-mana . Ianya berada
disekeliling kita. Hinggakan sekarang di depan perkataan yang anda
baca ini, di dalam bilik ini. Anda boleh lihatnya apabila anda jenguk
keluar tingkap rumah anda, atau semasa anda melihat televisyen. Anda
boleh rasakan apabila anda pergi ke tempat kerja, semasa anda pergi
membayar bil atau semasa anda berjumpa rakan-rakan anda.
Ianya adalah maya yang menyelubungi pancaindera anda daripada
melihat hakikat sebenarnya.
Apakah hakikat sebenarnya ? Anda adalah tawanan. Seperti semua
orang , anda telah ditawan. Anda ditawan di dalam penjara minda anda yang anda cipta sendiri.
Malang sekali tiada siapa boleh memberitahu anda apakah Realiti itu
sebenarnya – kerana anda terpaksa melihatnya sendiri ...
Saya cuba membebaskan minda anda yang sedang tertawan ini. Anda
tidak perlu sebarang kunci untuk keluar, apa yang anda perlu buat hanya
melangkah keluar. Pintunya sentiasa terbuka. Tetapi saya hanya boleh
tunjukkan anda jalan ke pintunya. Andalah sendiri yang terpaksa
melangkahnya sendiri ...Apakah Realiti ?
"Reality is merely an illusion, albeit a very persistent one."
Albert Einstein
Apa yang anda lihat melalui pancaindera mata anda semua ini semuanya
adalah imej yang dijana oleh minda anda. Anda memahaminya kerana imej
tersebut wujud hanya di dalam kotak fikiran anda.Realiti Wujud Hanya Mengikut
Persepsi Fikiran Manusia
What we observe is not nature itself, but
nature exposed to our method of questioning. - Werner Heisenberg
Seorang pengkaji sains dan falsafah Islam daripada Turki, Harun Yahya di dalam
bukunya bertajuk “Matter : The Other Name For Illusion”, menulis...
Regardless of whether there is a material world or not, a human being
watches only the world of perceptions in his brain. No one can ever come
across the true original of anything. Furthermore, it's enough for everyone to
perceive the copy. For example, someone who wanders around a garden
with colorful flowers is not seeing the original, actual garden, but the copy of it
in his brain. But this copy of the garden is so realistic that everyone receives
some pleasure from it, as if the garden were real, when strictly speaking, it is
imaginary. (Matter: The Other Name for Illusion, p.50)
Inilah yang sememangnya umat Islam percayakan selama ini, dunia ini
hanyalah sementara, akhirat adalah hakiki. Hati-hati jika anda masih tidak
mempercayai fakta ini anda mungkin terikut-ikut dengan fahaman materialis
seperti pelopor ideologi komunis Karl Marx. Dan untuk menjelaskan sifat
sementara ini , saintis kuantum fizik telah pun membuktikan bahawa material
tidak wujud. Yang wujud hanya elektron yang bersifat gelombang atau bersifat
‘benda’ jika cetusan fikiran saintis itu fikirkan begitu.Oleh itu apakah yang dilihat oleh mata saya selama ini ?
Apa yang anda lihat sekarang pada saat ini adalah imej yang dijana di
dalam minda anda. Mari kita lihat apa yang sebenarnya anda lihat sekarang.
Katakan anda melihat sebatang pokok. Cahaya yang terpantul daripada pokok
akan diterima oleh retina mata anda dan seterusnya ditukarkan kepada isyarat
elektrik sebagai signal kepada otak yang menterjemahkannya sebagai imej
pokok. Sebenarnya imej pokok tersebut boleh juga anda lihat tanpa membuka
mata iaitu semasa anda bermimpi. Semasa anda bermimpi anda tidak tahu
samada ianya mimpi selagi anda tidak sedar. Apa sahaja imej dan peristiwa
yang anda lalui di dalam minda and semasa mimpi adalah seakan-akan benar.
Pancaindera mata anda sebenarnya sedang tertutup rapat tetapi imej-imej di
dalam mimpi anda tetap anda rasakan sebagai benar.
Sebenarnya anda juga boleh melihat tanpa mata, anda juga boleh melihat
dengan bunyi. Pelik ? Teknologi sains sekarang membuktikan gambar boleh
dirakam melalui bunyi. Mesin ‘ultrasound scan’ adalah buktinya. Saya rasa
anda pernah melihat gambar fetus bayi di dalam kandungan ibunya yang
terhasil daripada mesin ultrasound scan. Janganlah anda kagum kerana ikan
lumba-lumba sememangnya mempunyai kebolehan sonar yang dapat melihat
dengan memantulkan bunyi dipersekitarannya.Apakah yang sebenar-benarnya menjadikan ‘imej’ pokok tersebut nampak
dengan terang dan nyata di dalam otak anda yang hanya merupakan
segumpalan lemak-lemak protein?
Sebenarnya ‘benda’ pokok itu ada di situ kerana imejnya wujud di dalam
minda anda sahaja. Tubuh anda kini yang anda fikir ada ini wujud kerana
imejnya wujud di minda anda. Hakikatnya tubuh anda adalah atom yang
mempunyai 99.9999% ruang kosong! Ini samalah ujikaji mudah di mukasurat
17, di mana kiub 3D yang anda lihat sebenarnya adalah hanya 12 garisangarisan
lurus. Mengapa minda anda menterjemahkan kiub 3D ? Mengapa
minda anda tidak melihat elektron-elektron yang hanya 99.9999% ruang
kosong . Hakikatnya material tidak wujud di dalam dunia realiti. Anda sukar
menerima hakikat ini? Hati-hati kerana golongan materialis seperti Karl Marx
mempercayai bahawa kehidupan hanya dunia material yang mutlak.
Kelebihan Apabila Mengetahui Material Adalah Illusi
Anda boleh membaca dengan terperinci hakikat dunia material ini, di dalam
buku , pendakwah Turki, Harun Yahya di dalam bukunya “Matter : Another
Name of Illusion” dengan lebih panjang lebar. Hakikatnya dunia material ini
adalah alam maya yang memang maya sebenar-benarnya.Apa yang paling penting ialah anda tahu bahawa dunia material ini boleh
dipersepsi oleh minda anda mengikut persoalan anda. Dengan ini, dunia realiti
sebenarnya boleh dikawal oleh minda secara langsung dan ini menjadikan
anda mendapat satu kelebihan. Namun saya ingatkan kepada anda, kelebihan
minda manusia mengawal realitinya semua ini adalah kerana kuasa Allah SWT
dan disalurkan menerusi hukum alam atau sunatullah. Manusialah yang
mempunyai pilihan untuk mengubah realitinya. Firman Allah SWT :
Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan (nasib) sesuatu bangsa
sehingga bangsa itu mahu
merubah keadaan (nasib) mereka sendiri”.
(Ar-Ra’ad:11)
Ingat ! Keadaan atau realiti hanya wujud di fikiran anda. Andalah yang
membuat keputusan dengan yakin bahawa ianya menjawab persoalan anda.
Jika anda asyik berfikir kemiskinan maka kemiskinanlah yang muncul di
dalam realiti anda, jika anda berfikir kekayaan, maka kekayaanlah yang akan
muncul di dalam realiti anda.
Mari saya sebutkan satu kisah mengenai dua orang adik beradik yatim yang
dibesarkan oleh seorang ayah yang merupakan kaki botol atau pemabuk.
Setelah dua puluh tahun berlalu, abangnya telah menjadi seorang usahawan
yang berjaya , manakala adiknya bukan sahaja mengikut jejak ayahnya
menjadi pemabuk tetapi penagih dadah pula. Apabila ditanya bagaimana
perkara ini berlaku kepada mereka , kedua-duanya menjawab jawapan yang
sama , “Saya menjadi begini adalah kerana bapa saya seorang pemabuk.”Realiti Anda Bermula Dari Apa Yang
Anda Fikirkan Di dalam Minda Anda
Seorang peserta kursus bertanya kepada saya, “Saya selalu fikirkan duit,
tetapi akhirnya dalam poket ada RM5 ajer hujung bulan...camner tu?”
Saya menjawab,”Itu adalah kerana awak selalu fikirkan tiada duit !”
Jika anda asyik berfikir kemiskinan maka kemiskinanlah yang muncul di
dalam realiti anda, jika anda berfikir kekayaan, maka kekayaanlah yang akan
muncul di dalam realiti anda.
Kunci pertama , anda mestilah sentiasa percaya dan yakin bahawa imej
kekayaan anda tersebut sentiasa wujud di minda anda dan telah mendapatnya
pada suatu masa depan. Tanamkan emosi bersama-sama imej yang anda
visualkan di kotak fikiran anda agar jiwa anda mendapat satu semangat.
Semangat inilah yang menjadi kunci kepada kuasa untuk anda mengesan
petunjuk-petunjuk yang akan anda nampak melalui pancaindera anda di
dunia realiti anda.
Langkah kedua ialah anda mencari petunjuk-petunjuk agar material yang
kini tersimpan di dalam kotak fikiran anda dapat dikeluarkan dan wujud dan
seterusnya menjadi milik anda.
Secara saintifiknya , semangat kepercayaan dan keyakinan ini , akan
mengeluarkan elektron yang mempunyai kuasa tarikan kepada tenaga yang
sama dengannya di dalam alam maya ini. Semangat adalah satu perasaan yang
kuat, sebagai contoh, semangat cintakan Allah akan membuat seseorang itu
sanggup mati syahid, dan ganjarannya juga adalah tinggi. Namun membicarakan bab tersebut memerlukan forum lain yang khusus.
Mari saya ambil satu lagi contoh paling mudah iaitu semangat cintakan
kekasih. Semasa bercinta , jika anda seorang lelaki, anda mungkin terbayangbayangkan
imej gadis idaman anda setiap hari. Minda anda terlalu asyik
hinggakan tidur tidak lena ataupun tidur sampai termimpi-mimpi gadis
tersebut, perut pun anda tidak rasa lapar. Dan yang paling pelik, mata anda
sentiasa kaitkan sesuatu yang anda lihat di sekitar anda dikaitkan dengan
kekasih anda. Walaupun melihat bumbung bas berwarna biru, anda
teringatkan bumbung rumah kekasih anda. Terpandang sahaja huruf yang
berpangkal ‘M’ anda teringatkan nama kekasih anda bernama Maria. Lebih
pelik ialah masa berjalan agak pantas semasa berdua dengannya, tetapi
menjadi terlalu lama semasa menunggu panggilan telefonnya. Peredaran waktu
dunia realiti anda tidak relevan lagi. Jika anda sedang berdua, hatta semut api
menggigit anda pun badan anda rasa kebal. Inilah kekuatan sesuatu
semangat!!
Adakah anda mempunyai semangat sedemikian ? Bolehkah pancaindera
mengesan petunjuk-petunjuk ke arah matlamat anda ? Adakah anda merasa diri
anda bebas dari gigitan kegagalan ? Adakah mimpi anda mendapat ilham ? Visualkan Realiti Yang Anda Mahukan Telah
Berlaku Di Dalam Minda Anda
"You become successful the moment you start moving towards a worthwhile goal"
Baiklah, kini mungkin minda separa sedar anda telah bersedia, seumpama
tanah sawah yang tersedia untuk disemai. Langkah seterusnya ialah anda
membaja dan menyuburkan minda separa sedar anda tersebut agar ianya lebih
berkuasa , agar realiti yang wujud di dalam minda separa sedar tersebut dapat
direalisasikan ke dunia material ini.
Setelah anda yakin tanpa batasan bahawa anda boleh berjaya dan kaya,
langkah seterusnya adalah mudah iaitu anda imiginasikan di dalam minda
anda keadaan anda semasa anda menjadi kaya.
Jika anda minatkan kereta BMW, bayangkan anda telah mendapatkannya
dan sedang memandunya. Jika anda mahukan rumah yang besar ,
imiginasikan anda sedang duduk di dalamnya. Malahan jika anda belum
beristeri anda juga boleh imiginasikan anda telah beristeri yang cantik duduk
bahagia di sebelah anda.
Ok, ini penting.....sekarang, setelah anda mempunyai imej-imej material
tersebut. Masukkan pula elemen-elemen emosi di dalam imej-imej tersebut.
Bayangkan anda sedang bergembira, merasa bahagia, ketawa ria, sedang
bersedekah, ramai orang sukakan anda . Ini bukan angan-angan. Tanamkan sekarang imej-imej tersebut dengan mendalam sekarang.
Ingat , minda separa sedar anda tidak tahu mana satu imej yang benar atau
palsu. Anda hanya tanamkannya sahaja. Pedulikan benar atau palsu. Anda
tanamkan ia sehingga ia benar-benar menjadi satu kepercayaan di dalam
minda bawah sedar anda. Kepercayaan inilah yang akan menjadi satu realiti
kebenaran kepada anda masa depan. Satu-satunya ‘tukang tilik’ yang boleh
anda percaya ialah diri anda sendiri, kuasanya adalah akal yang
dianugerahkan daripada Allah.
"Anything the mind of man can conceive and believe , it can achieve"
Visualisasi : Teknik Berfikir Untuk
Menyemai Minda Separa Sedar
Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah jelas
sebagaimana digambarkan di dalam maksud sebuah hadis Rasulullah SAW ;
“Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat
yang tidak khusyuk selama tujuh puluh tahun”.
Salah satu kebolehan minda berfikir ialah membuat visual di dalam kotak
fikirannya. Kunci kepada anda untuk sentiasa bersemangat dan yakin realiti
yang ingin anda capai akan tercapai sebagaimana yang anda kehendaki ialah
menanamkan visual kejayaan anda pada masa hadapan di dalam minda
separa sedar anda. Persamaan peristiwa lepas dengan peristiwa yang akan
datang ialah kedua-dua peristiwa tersebut boleh dibayangkan secara visual di
dalam minda anda sekarang, dan minda separa sedar anda sebenarnya tidak
tahu yang mana satu pernah terjadi dan yang mana satu belum pernah terjadi.
Jika sesuatu kejayaan yang belum mempunyai sebab (cause) untuk berlaku
tetapi anda tanam dan semaikan setiap hari dengan penuh perasaan dan
keyakinan, minda separa sedar anda akan terangsang dan secara automatik
berusaha untuk meneroka dan mencari ke dalam lembah takungannya yang
luas dengan segala pengalaman, fantasi, imaginasi anda untuk dikaitkan
dengan persoalan anda. Jawapannya akan anda temui di dunia realiti anda
sebagai petunjuk untuk anda laksanakan dan seterusnya menjadi akibat
kepada realiti yang anda kehendaki tersebut.
Tanamkan perasaan bersyukur semasa visualisasi anda, akan membuatkan
hati/kalbu anda timbul satu semangat luarbiasa. Hatilah atau kalbu yang
menjadi tali penghubung kepada Allah SWT, kerana Allah sentiasa mengetahui
ketulusan permintaan yang dikehendaki oleh manusia di dalam hati.
Anda pada bila-bila masa waktu yang tenang (selepas solat) membuat
visualisasi seperti berikut :
Visualkan di dalam Minda anda kejayaan masa lepas dan masa sekarang
dan kemudian bersyukur. Tutup mata anda. Cuba anda imbas kembali
kenangkan sedalam-dalamnya satu kejadian di mana anda pernah menerima
sesuatu ganjaran atau peristiwa yang amat gembira di dalam kehidupan anda.
Anda mungkin boleh bayangkan saat anda mendapat anak yang comel yang
tanpa cacat celanya atau anda pernah terselamat daripada kemalangan
ataupun anda mendapat ganjaran kerana kerja cemerlang anda. Semua
perkara-perkara baik ini adalah hadir kerana izin Allah SWT. Hayati visual tersebut. Tanam segala perasaan suka, kegembiraan dan
kepuasan sehinggakan apa yang anda visualkan mengujudkan satu semangat
di dalam jiwa anda. Dan biarkan imej kenangan tersebut bermain di fikiran
anda selama beberapa saat. Apa yang anda rasa ialah satu perasaan atau tersebut? Tafakur dengan sedalam-dalamnya saat tersebut. (ada orang yang
menitiskan air mata kerana perasaan bersyukurnya terlalu tinggi kepada
rahmat Allah. Bolehkah anda lakukan sedemikian?)
Saya pasti anda merasa lega di dalam jiwa anda bukan ? dan bukan itu sahaja
ucapan Alhamdullilah anda lebih bermakna kerana ianya benar-benar
menusuk ke kalbu anda. Inilah kunci untuk mendapat keyakinan diri dan
kepercayaan anda. Anda tidak boleh setakat menyebut kesyukuran anda
dilidah sahaja tanpa perasaan bersyukur tersebut wujud di dalam kalbu anda.
Kerana hati atau kalbu adalah tali penghubung anda dengan kuasa infiniti
yang Maha Berkuasa , iaitu Allah SWT.
Sekarang visualkan kejayaan anda pada masa hadapan yang anda
inginkan telah berlaku. Dan bersyukur kerana kejayaan masa hadapan
tersebut. Bunyinya agak aneh, tetapi ingat anda mempunyai kepercayaan dan
keyakinan tanpa batasan yang disandarkan kepada Allah. Oleh itu semua
peristiwa pada masa hadapan telahpun diketahui oleh Allah, anda perlu
bersyukur segala peristiwa yang bakal anda terima kerana saat anda berdoa
dan percaya kepada Allah, Allah sudah janji bahawa doa anda akan
dimakbulkan. Hanya masa sahaja yang menentukan. Kepastiannya akan tiba,
dan mengapa anda tidak perlu bersyukur ke atas janji Allah yang tidak pernah
mungkir itu ? Allah Maha Pencipta tidak tertakluk kepada masa malahan masa adalah
ciptaanNya. Tidak wujud ‘peristiwa akan datang’ di dalam pengetahuan Allah
SWT. Konsep masa hanya wujud di dalam kehidupan manusia . Jika Allah
tertakluk kepada masa akan datang bermakna Allah juga seperti makhluk lain.
Kepercayaan dan keyakinan anda diukur ke atas tahap kesabaran anda
melalui ujian yang akan diberi bukannya masa. Ini kerana sabar adalah
separuh daripada iman itu sendiri.
Akhir sekali, visualkan kejayaan orang lain yang menerima nikmat Allah
dan bersyukur kepada Allah SWT ke atas nikmat tersebut. Inilah yang agak
sukar dilakukan bagi orang yang mempunyai hati iri hati dan dengki ke atas
kejayaan orang lain. Jika anda benar-benar dapat menghayati kesyukuran ke
atas nikmat Allah SWT yang diterima oleh orang lain bermakna, hati anda
benar-benar tulus di dalam segala kesyukuran anda kepada Allah SWT.
Kesannya adalah luarbiasa, kerana anda akan merasai satu semangat baru
menyelinap serta merta di dalam sanubari anda.
Firman Allah SWT,
Ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat pula kepadamu. Dan bersyukurlah
kepada-Ku, dan janganlah kalian mengingkari nikmat-Ku. Hai orang-orang yang
beriman, jadikankah sholat sebagi penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang
yang sabar. (QS al-Baqarah: 152-153)

sumber : http://www.iklansesamainsan.com/pakejsesamainsan/jutawan_yang_tak_dikenali.pdf

No comments:

Post a Comment