Bila kita fikirkan sesuatu, kita akan menumpukan tenaga mental kepada perkara tu, sepertimana kita menumpukan cahaya matahari ke atas sekeping kertas putih menggunakan kanta pembesar. Tenaga mental ni akan membuat perkara yang kita fikirkan berubah menjadi realiti di dunia sebenar. Semakin kerap kita fikirkannya, semakin cepat minda kita mereleasisasikannya.
Allah swt mencipta minda Anda sebagai alat biologi yang ‘mesra pengguna’. Minda menurut apa saja yang Anda fikirkan. Setiap yang Anda fikirkan selalu akan ditangkap oleh minda separa sedar kita. Minda separa sedar akan faham itulah yang Anda mahu simply sebab Anda kerap memikirkannya.
Maka, minda separa sedar menarik situasi-situasi, orang perseorangan, benda dan perkara yang sama dengan apa yang Anda fikirkan tu menjadi muncul satu persatu di dunia realiti Anda. Kesan penarikannya akan membuat Anda berjumpa dengan situasi-situasi berkaitan dengan apa yang Anda fikirkan. Ia akan membuat Anda tiba-tiba berjumpa dengan orang yang berkaitan dengan apa yang Anda fikirkan. Seterusnya, Anda tetiba akan terjumpa benda-benda dan perkara-perkara yang berkaitan dengan apa yang Anda fikirkan.
Kita akan mengeluarkan tenaga mental apabila fikiran kita terfokus pada sesuatu – sama ada situasi, seseorang atau perkara yang kita suka bayangkan berkait dengan masa lalu kita (atau masa depan kita). Minda separa sedar sensitif pada fikiran, bayangan imaginasi kita juga emosi kita.
Apabila kita membayangkan sesuatu dengan penuh emosi, minda akan cepat faham itulah apa yang kita mahu. Samalah macam kita berdoa berkali-kali. Makin banyak kita berdoa dengan penuh emosi, Yang Maha Esa akan faham itulah apa yang kita mahukan. Maka, DIA sudah tentu akan memakbulkan permintaan kita cuma bezanya cepat atau lambat saja doa kita tu termakbul. Kata-kata kita di dalam fikiran itu adalah salah satu doa, cuma bukan dalam bentuk lisan seperti doa biasa, macam doa lepas sembahyang.
Law Of Attraction selari dengan konsep ni. Apa yang Anda kerap fikirkan itulah yang akan ditarik datang kepada Anda. Apabila kita berfikir, secara automatik kita akan terdorong untuk berimaginasi.
Time tu le minda separa sedar menangkap apa yang kita fikirkan lalu menyimpannya dalam ruang memori sebagai ‘tugasan kerja’ yang MESTI diselesaikan. Bila Anda tidur, minda Anda tak tidur kerana ia terus bekerja merealisasikan imaginasi Anda. Inilah keajaiban minda.
Selama dua tahun lalu saya banyak bereksperimen dengan perkara ni sehingga saya sendiri bergelumang dengan berbagai masalah. Namun, saya berjaya keluar dari masalah-masalah tu dengan mengaplikasikan apa yang saya pelajari dari buku. Perkara yang sama tetap saya lakukan hari ini kerana saya mahu ‘test’ dan praktis apa yang saya fahami berkaitan Law Of Attraction.
Anda bertuah. Saya akan kongsikan habis apa yang saya fahami mengenai Law Of Attraction.
Hanya kat blog ni saja. FREE.
Sebab?
Sebagai kawan, saya mahu Anda berjaya mengubah diri, membina peribadi.
Sunday, 14 November 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment